Wednesday, July 31, 2019

I'm Back!!!

Assalamualaikum semua,

Dah lama tinggal blog nie..dah berhabuk bersawang semua..

Insya Allah lepas ni saya akan update selalu..

Stay tune guys, cheers!


Saturday, September 26, 2009

Salam Eidulfitri ~

Belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Kepada keluarga, sahabah-sahabah,serta insan tersayang,sepuluh jari disusun maaf dipinta andai ada tersilap kata,terlanjur bicara serta perbuatan yang mengguris hati. Minta dihalalkan makan dan minum serta apa sahaja yang terpakai dan terguna antara sedar mahupun tidak. Semoga hari yang mulia ini membawa seribu makna serta keceriaan dalam hidup anda semua.

Salam Eidulfitri ~~

Tuesday, September 1, 2009

tekad, redha, tabah ~

Nota: Ini bukan tajuk lagu Hazami!

Alhamdulillah, habis juga stage 3, interview PTD. Memang tak dapat dinafikan jantung aku berdegup bagai nak pecah dada. Tapi agak mengejutkan dan sedikit hampa juga sebab semua benda yang aku hafal bagai nak rak tak ditanya pun. Nak tahu ke apa soalan-soalan yang dia tanya? Ouh, lupa pula, ada dua orang interviewers kat dalam tue, tapi seorang jer yang tanya. Okay lah, now the PTD interview's questions revealed. Ahaha, mula-mula soalan mukadimah. What is the different between contract of service and contract for service? Which one is correct? Amek ko, terpaku jap aku. Apa lagi goreng jelaa, huhu...

1) Awak pakai baju ape nie? Tak ade kot (blazer) ke?
Jawapan: Takde, konvo dulu pakai baju melayu jer. So, saya pakai la blazer-like jaket nie.

2) Ini based on true experience awak yer. Pernah kah anda lambat datang ke kelas atau ke tempat kerja? Apa alasan anda dan bagaimana anda mengatasi masalah tersebut?
Jawapan: ............................

3) Pernah kah anda menggunakan 'network' dalam menyelesaikan tugasan anda? Actually aku tak faham maksud network tue, yela network tu byk maksud. Aku jawab jer la. Pastu dia tukar soalan lain. Sampai rumah baru aku sedar, network tu mungkin maksud dia cable kot atau pun orang dalam. Huhu...
Jawapan: ............................

4) Soalan gantian tadi. Pernah kah sahabat anda memberitahu anda yang dia telah melakukan kesalahan dan meminta anda merahsiakannya daripada orang lain?
Jawapan: Aku cakap tak pernah.

5) Pernah kah anda tidak menghantar kerja/tugasan atau lambat menyiapkannya?
Jawapan: .............................

6) Bagaimana sekiranya anda sedang sibuk membuat kerja, tiba-tiba ada pelanggan ingin berjumpa dengan anda? Apakah tindakan anda?
Jawapan: ...............................


Lepas tu dia pandang sebelah tanya interviewer lagi satu; "Ada soalan?"

"Takde". Pendek jawabnya.

"Ok, itu sahaja". Dia cakap kat aku.

Aku bangun salam dengan mereka, ambil balik fail aku, lepas tu keluar dengan perasaan yang agak blur. Kenapa?

Yelah, semua orang yang sebelum aku masuk punya la lama dalam 40-45 minit, tup-tup aku masuk dalam 20 minit jer. Apekehe nye yob? Lepas tu yang aku blur dia boleh persoalkan pulak status 'laku' sijil aku tue. Itu sudah di luar kemampuan ku.

Aku pun tak tahu la ape sebenarnya muslihat beliau. Dia dah bosan ke kering idea nak tanya ke atau pun aku memang confirm tak dapat? Adeh, aku tawakal jer la, aku dah berusaha, sekarang aku cuma redha. Kalau ada rezeki tak ke mana. Kalau bukan rezeki aku nak buat macam mana.

Eh, soalan lain-lain la, tak sama tau!

Chow ~

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al - Mubarak!


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna..."

Wali Band - Kekasih Halal



Aku telah lelah
Memilih memilah mencari wanita
Siapakah dirinya
Yang kan menjadi kekasih halalku

Tiba-tiba aku terpana
Ada kejutan tak terduga


Dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia solehah

Dia gadis berkerudung merah
Bawalah diriku padanya
Tak akan habis ku berdoa
Jadi kekasih halalnya

Jadikan diriku halal
Memeluk halal menciummu
Lekaslah jangan tunda
Untuk menjadi kekasih halalku

Itu itu dia gadis berkerudung merah
Hatiku tergoda tergugah
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia solehah

Big Day..No, it's BIGGEST...

Alhamdulillah syukur, dapat juga panggilan ke interview PTD nie akhirnya. Tarikhnya pada 2hb September 2009 di SPA Malaysia Jalan Cenderasari.

Masa yang ada agak-agak cukup la kalau nak prepare. Rasanya tak banyak, kena tau kes-kes yang hangat di pasaran pada masa sekarang seperti krisis ekonomi dan H1N1 serta dasar-dasar kerajaan sekarang, iaitu 1Malaysia, mungkin jugak unity government.

Harap aku dapat buat yang terbaik dan dapat jawatan nie. Pray for me and may God bless you. Wish me all the best.

;)

Monday, August 3, 2009

~ and so it begins...

Is this a new start of my life? A new adventure? Or a new journey? Perhaps.

I've tried not to be so excited, but I just can't help it. Yes, I'm happy right now and I'm so grateful to Allah s.w.t because give me this opportunity. Alhamdulillah, glad to see my name was listed PASS the exam for PTD Assessment Center (PAC).

I think this is just the beginning of my life, a fresh start maybe. After this, my aim is to do well for the interview and get the job. I'll do my best,definitely.

Pray for me!
(+_+)