Nota: Ini bukan tajuk lagu Hazami!
Alhamdulillah, habis juga stage 3, interview PTD. Memang tak dapat dinafikan jantung aku berdegup bagai nak pecah dada. Tapi agak mengejutkan dan sedikit hampa juga sebab semua benda yang aku hafal bagai nak rak tak ditanya pun. Nak tahu ke apa soalan-soalan yang dia tanya? Ouh, lupa pula, ada dua orang interviewers kat dalam tue, tapi seorang jer yang tanya. Okay lah, now the PTD interview's questions revealed. Ahaha, mula-mula soalan mukadimah. What is the different between contract of service and contract for service? Which one is correct? Amek ko, terpaku jap aku. Apa lagi goreng jelaa, huhu...
1) Awak pakai baju ape nie? Tak ade kot (blazer) ke?
Jawapan: Takde, konvo dulu pakai baju melayu jer. So, saya pakai la blazer-like jaket nie.
2) Ini based on true experience awak yer. Pernah kah anda lambat datang ke kelas atau ke tempat kerja? Apa alasan anda dan bagaimana anda mengatasi masalah tersebut?
Jawapan: ............................
3) Pernah kah anda menggunakan 'network' dalam menyelesaikan tugasan anda? Actually aku tak faham maksud network tue, yela network tu byk maksud. Aku jawab jer la. Pastu dia tukar soalan lain. Sampai rumah baru aku sedar, network tu mungkin maksud dia cable kot atau pun orang dalam. Huhu...
Jawapan: ............................
4) Soalan gantian tadi. Pernah kah sahabat anda memberitahu anda yang dia telah melakukan kesalahan dan meminta anda merahsiakannya daripada orang lain?
Jawapan: Aku cakap tak pernah.
5) Pernah kah anda tidak menghantar kerja/tugasan atau lambat menyiapkannya?
Jawapan: .............................
6) Bagaimana sekiranya anda sedang sibuk membuat kerja, tiba-tiba ada pelanggan ingin berjumpa dengan anda? Apakah tindakan anda?
Jawapan: ...............................
Lepas tu dia pandang sebelah tanya interviewer lagi satu; "Ada soalan?"
"Takde". Pendek jawabnya.
"Ok, itu sahaja". Dia cakap kat aku.
Aku bangun salam dengan mereka, ambil balik fail aku, lepas tu keluar dengan perasaan yang agak blur. Kenapa?
Yelah, semua orang yang sebelum aku masuk punya la lama dalam 40-45 minit, tup-tup aku masuk dalam 20 minit jer. Apekehe nye yob? Lepas tu yang aku blur dia boleh persoalkan pulak status 'laku' sijil aku tue. Itu sudah di luar kemampuan ku.
Aku pun tak tahu la ape sebenarnya muslihat beliau. Dia dah bosan ke kering idea nak tanya ke atau pun aku memang confirm tak dapat? Adeh, aku tawakal jer la, aku dah berusaha, sekarang aku cuma redha. Kalau ada rezeki tak ke mana. Kalau bukan rezeki aku nak buat macam mana.
Eh, soalan lain-lain la, tak sama tau!
Chow ~