Saturday, May 23, 2009

Dugaan-Mu.

Aku nk mintak maap banyak-banyak pada followers blog aku nie, kalau ada la, sebab dalam masa-masa yang terdekat nie aku x boleh nk update blog aku. Di atas sebab dan masalah teknikal yang x dapat dielakkan, aku terpaksa menghadkan masa untuk meng-online-kan diri ku.

Sementelah keadaan kembali normal nanti, akan ku sambung antologi diriku ini. Harap bersabar yer kawan-kawan.


Yang sungguh benar,
ANAK MUDA.

Sunday, May 10, 2009

First timer.

Aku kena tagged!


Siot, but it's okay. Just follow the flow then i'll be fine (macam kronik jer). Hahaha...

Instruction: Go to your photos folder in your computer. Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder. Put the picture on your blog and a description of it. Invite six friends to join the challenge. Link them in your blog and let them know they have been challenged!


Ouh, gambar nie diambil ketika Sukan Poly-Tech MARA (SUPTEM) 2005 bertempat di KPTM Bangi. Ianya dirakam ketika majlis penutup diadakan. Walaupun tak banyak menang, kami tetap happy. Saya berasa rindu akan saat itu apabila mengimbau kembali kenangan di sana.

Okay, sekarang tiba saatnya saya nak tagged orang, dan calon-calonnya adalah:

1) Fernando Torres

2) Din Beramboi

3) Liyana Jasmay

4) Scha

5) Anwar Ibrahim

6) Nik Aziz

Sorry, aku dah
blur dah!

Wednesday, May 6, 2009

Die Hard Fan Sangat Pun Tak Elok Jugak!

Aku terbaca berita kat internet tadi, separa terkejut jugak. Tapi pada akhir zaman nie, semua benda tak mustahil terjadi. Apa-apa yang kita buat, bila dah terlalu taksub, kadang-kadang boleh mendatangkan masalah, lebih teruk lagi kecelakaan yang meragut nyawa. Korang nak tau, korang baca laa sendiri. OK.

Gunners fan hangs himself after United victory

Saturday, May 2, 2009

Laugh is the best medicine.

Aku sengaja post dua video yang selalu buat aku tergelak walaupun pada tontonan yang ke-345 kali. Kalau korang gelak, memang betul la video nie lawak. Kalau tak gelak, korang memang lambat!

Teaching English



Meminang

Weekend's Wind~~

Kuantan.

Ya, saya berada di Kuantan pada hujung minggu ini. Sudah lama tidak menjejakkan kaki di tempat yang tidak asing lagi bagi saya. Terlalu lama, mungkin!

Banyak yang berubah, kadang-kadang saya tersesat pemandangan. Namun begitulah kehidupan, sentiasa berubah. Dan mungkin tindakan saya untuk pulang ini tepat, agar dapat mengubah angin. Sekali-sekala apalah salahnya. Terperuk di K.L dengan kesesakan kota dan riuh rendah ragam manusia boleh diredakan juga. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah.

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, banyak yang bermain di benak fikiran saya. Dari masalah sendiri sehingga masalah negara. Phewww, perlu kah masalah negara terbenam dalam benak pemikiran saya? Sekali-sekala apalah salahnya, desis hati saya.

Mungkin selepas pulang dari bercuti ini saya akan rasa lebih fresh (hopefully), dan lebih tenang sedikit. Kalau tenang banyak lagi bagus. Anyway, tiga hari tercuti nie saya berjaya melampiaskan kerinduan terhadap Kuantan dan aktiviti persekitarannya. Esok, saya akan pergi memancing bersama kawan di Tembeling Resort, sebelah Teluk Cempedak. Can't wait for that.

Ouh, sekarang sudah masuk waktu solat fardhu Maghrib bagi kawasan Kuantan dan bla bla bla...

Sorry guys, got to go...Chiawww!!!