Saturday, May 2, 2009

Weekend's Wind~~

Kuantan.

Ya, saya berada di Kuantan pada hujung minggu ini. Sudah lama tidak menjejakkan kaki di tempat yang tidak asing lagi bagi saya. Terlalu lama, mungkin!

Banyak yang berubah, kadang-kadang saya tersesat pemandangan. Namun begitulah kehidupan, sentiasa berubah. Dan mungkin tindakan saya untuk pulang ini tepat, agar dapat mengubah angin. Sekali-sekala apalah salahnya. Terperuk di K.L dengan kesesakan kota dan riuh rendah ragam manusia boleh diredakan juga. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah.

Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini, banyak yang bermain di benak fikiran saya. Dari masalah sendiri sehingga masalah negara. Phewww, perlu kah masalah negara terbenam dalam benak pemikiran saya? Sekali-sekala apalah salahnya, desis hati saya.

Mungkin selepas pulang dari bercuti ini saya akan rasa lebih fresh (hopefully), dan lebih tenang sedikit. Kalau tenang banyak lagi bagus. Anyway, tiga hari tercuti nie saya berjaya melampiaskan kerinduan terhadap Kuantan dan aktiviti persekitarannya. Esok, saya akan pergi memancing bersama kawan di Tembeling Resort, sebelah Teluk Cempedak. Can't wait for that.

Ouh, sekarang sudah masuk waktu solat fardhu Maghrib bagi kawasan Kuantan dan bla bla bla...

Sorry guys, got to go...Chiawww!!!

2 comments:

Siti Zarina Bt Mat Zaynode said...

ade prob ape??xgtaw pn..huk..huk..

Eppy El-Nino™ said...

urm..xde ape..ok jer..
=)