Saturday, April 25, 2009

Jangan tego si Gabai ~~

Warghhhhhhh..Sape cakap mandi air terjun x penat? Penat dowh.

Ya, sangat penat sebenarnya.

Sungai Gabai (Hulu Langat), 25/04/2009

Perjalanan kami tidak lah sejauh mana pun, dekat jer. Kalau mengayuh basikal cuma mengambil masa 3 jam setengah, berkayak pula 7 jam (tgk keadaan air). Mujur kami menaiki kereta, jadi perjalanan cuma mengambil masa 1 jam sahaja (aku bedal jer nie, rasa mcm kejap jer).

Dalam perjalanan tersebut, kami berjaya meredupkan pandangan mata dengan melihat pokok buah-buahan serta aliran air sungai yang tenang lagi mendamaikan. (Voice over..lagu Balik Kampung..) Di sebalik keredupan persekitaran, saya melahirkan perasaan hairan dan tertanya-tanya kerana mendapati banyak gerai-gerai yang menjual buah jambu batu Muar. Ada laa lebih dari 3 gerai kot sepanjang perjalanan kami tue. Jaraknya di antara satu sama lain tidak begitu jauh, kurang lebih 1 atau 2 kilometer setiap satu. Orang kt sini suka makan jambu batu kot. Saya meneka hambar. Mungkin juga silap, sebab nampak tidak ada orang yg beli pun!

Opsss..hampir saya terlupa. Sudahkan anda menonton filem Jangan Tegur arahan saudara Pierre Andre? Tahukah rumah kampung di dalam filem tersebut terletak di Hulu Langat ini? Ya, kami berjaya menemui rumah tersebut semasa dalam perjalanan itu. Agak seram dan meremang bulu kaki apabila melalui rumah tersebut walaupun di siang hari..ya, di siang hari. Bayangkanlah kalau di malam hari. Hurmmm...

Sampai Sungai Gabai,kena caj sorang singgit (seringgit). Lepas itu, dengan semangat berkobar-kobar dan diiringi dengan lagu Inilah Barisan Kita (btol ke tajuk dia nie, aku x sure), dan tanpa membuang masa sesaat pun (nie aku tipu,dorang sibuk tgkap gmbar), kami terus memulakan pendakian ke puncak. Orang cakap paling atas la best, so kami yg dungu nie terus daki ke atas. Sangat penat,siyes aku cakap. Aku membawa tong (bekas makaroni yg macam tong), mendaki 300 anak tangga (abg jg parking tu yg ckp,xtau la btol ke x), tercungap-cungap beb, x ckup nafas. Aku tau aku dah x fit skang, sebab jarang excercise dah. Saat nie baru aku rasa respect dan tabik spring kt macha-macha yg panjat tangga Batu Caves time Deepavali. Gile kentang dorang tue. Haih.

Sampai. Tuka baju (aku the only guy yg x pkai bju), baru jer nak terjun dorang dah start santap. Tak jadi terjun. Rembat dua ketul ayam KFC, jilat-jilat jari, baru terjun.(Sound effect...Bedebushhhhhh!!!!). Ahaha, aku tipu. Sebenarnya aku masuk dalam air slow-slow. Bukan x reti berenang, tapi air tu masya-Allah, sejuk gila macam air batu. Memang duduk pun x lama dalam air, dah menggeletar, menggigil satu badan. Photo shoot sket (byk sebenarnya), acara mari menangkap ikan pun berlangsung jugak. Adeh la. Asal korang happy sudah.

Panjangnya. Aku pendekkan lah.

Dah bosan kt atas, kami pun turun ke level paling bawah. Mandi kat situ plak. Adeh, hantu air btol budak-budak nie. Tapi air kt bawah nie best sket dari yang kt atas tadi. Bukan disebabkan hasil perkumuhan orang-orang di atas, tapi sebab airnya lebih dalam dan ya, agak panas dari yang atas tadi. Haha. Lepas mandi, tukar baju, makan aiskrim, simpan barang-barang. Balik.

Singgah lagi rumah Jangan Tegur tadi. Adeh la.

Balik. Dan aku rasa aku orang yang first sampai rumah.

Aku rasa la.

Penat badan nie. Lenguh-lenguh.

Aku baring...

Terlelap.


7 comments:

Anonymous said...

i bkn fan AF cm u..
i tgk pn sbb ajam je..
>:P

Eppy El-Nino™ said...

well..i ckp nie as a senior for af la..
=P

cik amy said...

ari tu nak p sg gabai, tapi tak dpt p.. sdey.. uhuhuhu

Anonymous said...

hahahahahhha....ko xciter pun pasal kamera man paling hebat...cis!!!! marah nie!

Eppy El-Nino™ said...

emmy: x pegi ke? bkn u pegi?
anonymous: hahaha..nnt aku tmbah yer..

cik amy said...

p ne?.. uikss.. u ni.. amy ri tu member ajak. tapi amy tak p..

Eppy El-Nino™ said...

ouh..okey..sowy2..