Monday, July 6, 2009

Bila jari menari riang, hati masih berlagu pilu.. - Part 2

1st Class Degree?

Diri terasa macam budak tak habis SPM walaupun menggenggam segulung ijazah. Bukan ijazah tak siap, tapi 1st Class Degree with Honour. Di mana nak ukur kehebatan ijazah itu? Bukan kah diukur pada kehebatan kerjaya? Tapi bagi aku tu semua idealisme lapuk. Ada ijazah pun belum tentu berakhir dengan kerjaya yang mantap. Tak sekolah pun bukan bererti tak boleh berjaya. Ijazah dan pelajaran adalah satu aset dan bukan nya jaminan untuk mendapat kerjaya yang hebat. Aset ini mungkin berguna untuk menambahbaikkan potensi yang ada pada diri kita. Ianya seperti bonus. Sama macam aktor/aktres yang cantik dan tampan.

Banyak lagi faktor lain untuk berjaya dalam hidup. Usaha dan nasib antara yang tergolong di dalamnya. Lantas kita lebih gemar menukarkannya kepada rezeki mahupun takdir. Tu la dia. Aku tak tahu sampai bila takdir aku macam nie. Hari-hari yang lepas aku kenang seperti hari yang kelam. Hari mendatang aku pandang seperti hari-hari yang kabur. Sedih mengenangkan nasib diri, mungkin juga takdirnya begini.

Kalau betul, segala usaha aku selama nie tampak hanyalah sia-sia. Aku cume berserah pada-Nya.

Sedang jari-jemariku menari ligat di keyboard, hati masih setia berlagu pilu.

Sunday, July 5, 2009

Bila jari menari riang, hati masih berlagu pilu.. - Part 1

Apa itu takdir?

Aku sangat curious nak tahu apakah bezanya takdir dan nasib. Apakah takdir itu boleh diubah? Apakah usaha kita boleh menjuruskan kepada takdir kita? Ataupun memang takdir itu sudah tidak boleh diubah walau bagaimana hebat sekali pun kita berusaha merubahnya? Sebagai seorang Muslim, wajib untuk aku mempercayai Qada' dan Qadar dari Allah s.w.t dan sememangnya aku percaya penuh akan itu. Pertikaiannya sekarang, dalam kekeliruan hidup yang tiada jelas perjalanannya, apakah takdir itu boleh diubah? Jika ya, di manakah letaknya asas takdir sebelum perubahan itu? Masihkah ia dipanggil takdir?

Ramai yang selalu meletakkan sesuatu yang terjadi sebagai takdir mereka. Walhal, kronologi kejadian itu adalah musibah dari perbuatan atau keputusan mereka sendiri. Tentunya mereka mempunyai beberapa pilihan. Dan jika mereka mengambil pilihan 1 sebagai contoh, pilihan satu itu lah takdir mereka. Jika mengambil pula pilihan 2, itu lah pula takdir mereka. Jadi, yang mana satu takdir mereka? Adakah ianya ditetapkan atau dipilih?

Terlalu banyak persoalan yang berlegar di benak pemikiran aku tentang hal ini. Jadi, aku ambil sedikit masa untuk search sedikit sebanyak tentang definasi takdir itu sendiri.

"Taqdir Allah adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Bahkan jauh sebelum semua makhluq diciptakan, Allah telah menuliskan semua taqdir makhluqnya dari permulaan masa hingga hari akhir."
(http://nh4w1r.blogspot.com)


"Takdir ialah ketetapan Allah ke atas makhluknya samada baik atau tidak baik. Allah telah selesaikan takdir setiap makhluk 50 ribu tahun sebelum langit dicipta."
(http://nasbunnuraini.wordpress.com)


Ramai yang berpendapat takdir itu ditentukan, tetapi masih boleh diubah oleh kita. Aku suka sekali untuk bersetuju dengan pendapat tersebut. Tetapi bagaimana jika ianya tidak boleh diubah lagi sekalipun sudah berusaha mengubahnya? Sekali lagi, apakah ia dipanggil takdir? Atau tiada rezeki atau belum sampai masanya. Jika tiada rezeki, apakah takdir itu sebetulnya tidak boleh diubah? Atau bagaimana?

Aku terus mencari jawapannya..

Sedang jari-jemariku ligat menari di keyboard, hati ku masih berlagu pilu...

Friday, July 3, 2009

PAC @ INTENGAH ~~

Hopeful.

Tue jer la perkataan yang aku boleh katakan sekarang.

Ada efforts, ada inisiatif, ada idea, tapi less implemented. I'm sacrifice my hair, getting stuck in a crowded train, and so on. Less implemented mungkin kerana sikap semulajadi aku yang kurang bercakap dengan rakan-rakan baru. Atau pun perasaan gemuruh yang automatically timbul di saat-saat tertentu. Nak kata kurang preparation pun tidak juga. Aku dah survey dengan kawan-kawan yang dah melalui PAC nie, buat research sket apa yang terjadi kat PAC, even i'm sign up for the PTD Portal and share the information.

So far tadi, aku agak kurang berpuas hati dengan apa yang aku boleh buat tadi coz i know i can do better than that, but i'm still grateful for what i've been through and achieved. For the part one, public speaking, i only speak a little, but i manage to overcome it at the part two, debate.

But come to part three, i'm bit dissapointed coz again it's a team activities. It give me less opportunity to impress coz of the limited space and time. It just same thing with the physical part where it's not like i was expected it to be. Less individual, but more to teamwork.

Aku tahu apa yang aku buat tadi kurang bagus, mungkin kurang untuk melepasi process PAC ini. But i'm remains hopeful to get that. I don't mind of hard work coz it's worth doing it.

Penat tok sah cakap la, sampai sekarang tak hilang lagi.

Nyte2~

Wednesday, July 1, 2009

STADIAN Reunion~

Salam, lama tak update blog. Malas pun ya, tak ada mood pun ya jugak. Huhu...

Dalam kalut-kalut duk fikir masalah (
especially job and financial), sempat juga aku pergi makan angin di Tanah Tinggi Genting. Actually nie reunion ex-student Sekolah Tengku Ampuan Durah, Seremban, sekolah gf aku. Aku menyibuk jer, tak ramai yang join, so aku decided to follow, hehe (thanks for the treat BB). Lama dah tak pergi Genting nie, last sampai pun tak silap aku dua tahun lepas kot. But this time around bit different coz i'm staying there, at First World Hotel (biasa jer hotel nie, huhu).

(from left: Pacak, Aman, Afiq)

Aku tak banyak main la kat atas nun, sebab dah banyak game aku pernah main, so mostly aku jalan-jalan jer la. Main pun Flying Dragon, boating, dan masuk SnowWorld jer. Berbeza sikit dari sebelum nie, kami makan malam kat taman, sebab Eliz ada bawa nasi dan rendang ayam yang dia masak. Best makan ramai-ramai walaupun tengah sejuk. Thanks Eliz for the foods.

(Eliz and Hafiz)

Best jugak la dapat
release tension jalan-jalan nie. Hopefully we will meet again soon.

(Me and my baby)


(from left: Afiq, Siza, Iqa ft. her daughter Luna, Intan, Eliz ft. Intan's son Kasih Ramadhan, Hafiz, Pacak, and Aman)


Itu jer la kot.

Stay tune. Jangan curang, yiaw! (versi Adlin Aman Ramli).

=P