Tuesday, April 21, 2009

Cynical..but spot on!

(ini satu lagu oldie tapi goodie..hit it)

*chorus
Korang
Nak dengar rahsia tak korang
Kalu cerita korang, jangan cerita orang
Janji dulu
Korang takkan pecah lubang
Jangan pasal korang,ku sakit sorang

#verse 1
Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama,ada yang cari harta
Ada satu minah miang namanya rahsia
Binti apa ntah tak pernah bertanya
Keluarga ntah kenalnya di kota
Kata dari sini tipu dengan loghat desa
Duduk rumah sewa,enam jahanam jadi kawan
Tiga tak kerja,tiga lagi syif malam
Gaduh dengan dua hal datuk kumis nipis
Dia kenal dulu mereka yang dapat kikis
Tak apa,orang kaya banyak
Cuba sekali tiga empat hidup mesti tamak
Nampak anak tan sri,umur jauh muda
Janji kereta lima ratus kuasa kuda
Hmm,dengar ada bot bersauh
Ada burung putih besar boleh terbang jauh
Cincin,gelang,rantai ada loket
Betina mana tengok tak terjoget
(i'm in the mood for love,simply because you're near me
honey but when you're near me,i'm in the mood for love)
Rumah atas bukit,kamar bercahaya
Kamera disorok boleh ambil gambar rahsia
Tunjuk kengkawan semua puji ketawa
Baru tahu orang kaya tak boleh percaya

*chorus

#verse 2
Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama,ada yang cari harta
Ada satu hero melayu,namanya juga rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu,laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan nak berkepak,dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon,jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi orang tak faham
Tapi datin muda tengok,geram,sangkut
Datuk out-station datin,apa lagi angkut
(i'm in the mood for love,simply because you're near me
honey but when you're near me,i'm in the mood for love)

Terima kasih power root,rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk,rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
(hey ya hey ya hey ya hey)
Nak jadi terkenal harus pandai main api
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Rahsia...takkan masuk TV lagi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi

Goodnight!

~Malique Ibrahim - Rahsia

Perkara Pelik!

Malam tadi aku tido lambat. Standard aku laa selagi x pukul empat lima pagi aku masih menghadap PC nie. Malam tadi pun sama, seperti malam-malam sebelumnya.

Aku rasa x mengantuk, so aku terus bermain Facebook sambil update blog nie. Malam tadi hujan turun melanda perkarangan rumah aku (rasanya kawasan sekitar pun kena kot). Keadaan amat sejuk ketika aku. Aku keseorangan melayan PC buruk aku nie.

Malam tadi aku dapat rasa something, rasa macam pelik semacam jerk. Time tue dalam pukul tiga setengah pagi kalau x silap aku. Seingat aku, lepas aku tukar aku punya blog title description, keadaan da jadi seram sejuk. Aku x pasti sejuk sebab hujan atau mende lain. Yang pasti memang lain macam laa.

Aku tukar blog title description aku, aku letak petikan dari ayat Al-Quran. Aku x tau sejauh mana kebetulan nie. Tapi tue lah yang aku rasa. Seram sejuk, macam ada orang sedang tengok aku. Bulu roma aku memang berdiri, x turun-turun.

So, aku ambil langkah selamat. Aku off PC, aku masuk bilik tido.

Off....

Tido...

Dalam keseraman malam...

Monday, April 20, 2009

Perkataan Popular ~ M.A.L.A.S

Hari nie aku x pegi ofis. Malas. Banyak sebab sebenarnya aku malas nak g ofis nie. Tapi biarlah aku simpan sebab-sebab tue untuk aku jer. Korang x payah laa tau, bukan boleh tolong setel kan pun.

Kadang-kadang perkataan malas nie terlalu common dan orang selalu ambil kesempatan di atas penggunaan perkataan nie. Suka-suka korang jela nak pakai perkataan nie. Lantak korang la, malas aku nk amek tahu. Opss...

Nampak? Senang-senang jer pakai perkataan tue. Sebenarnya aku rasa malas nie x patut wujud sebab semua yang berlaku bersebab. Malas nie hanyalah batu loncatan dan penyambung kepada sebab-sebab tersebut. Dengan kata lain, ada benda yang buat kita jadi malas dan kalau setel benda tue, maka tiada lah malas. Korang paham x nie? Asyik duk angguk-angguk kepala jer.

Ada yang tanya aku kenapa x datang ofis. Jawapan aku seperti di atas laa, sebab aku malas nk cakap banyak. Yang concern tue, bagus laa aku berterima kasih. Yang x concern pun bagus jgk, aku pon x kesah. Aku faham kalau korang concern pun korang bukan dapat apa-apa, btol x?

Esok-esok kalau aku rasa mood aku okay, ada feel nk pegi ofis, aku akan datang.

Okay lah, aku dah malas nk type lagi...

Malas..Popular kan perkataan nie? Huhuhu...

Sunday, April 19, 2009

PTD Oh PTD!

Dulu time aku study orang cakap PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41) adalah satu post yang susah nak dapat. Banyak liku-liku dan halangan sebelum dapat jadi seorang PTD. Tapi dalam pada waktu yang sama jugak, PTD nie dikatakan satu kerja yang agak best dari segi gaji dan kedudukannya. Hurmmm, best macam mana tue aku x tau laa pulak. Kalau dengar orang tue cakap mmg macam best.

So, masa nak abes study aku pun apply kat SPA (bukan SPA-Q yer adik-adik) tapi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Then, selepas agak lama jugak, aku dapat call-up untuk menduduki exam bagi post PTD nie. Cuak, tapi macam biasa aku tetap cool beb. Baca tip-tip berguna sket, then aku terus pergi. Gamble gila (malas sebenarnya).

Actually before this pun aku dpt call-up untuk exam PTD nie, tapi sebab aku ade big game time tue (kalau x silap lawan MU kot time tue), aku pun x pergi laa. Tapi kali nie mungkin jugak dah rezeki aku, aku pergi dan aku lulus exam tue. Yeszaaa. Aku memang suka dan bangga kerana dua sebab. First, kalau dapat kerja nie memang best gile, secure future aku. Second, sebab orang cakap exam dia susah, dan aku lepas. Hahaha, got what i'm trying to say? Anyway, aku bersyukur, alhamdulillah.

Lepas lulus exam, akan menanti pulak satu lagi ujian dipanggil PTD Assessment Center or akronim dia PAC. Yang nie aku blurr sket plus cuak banyak. Huhu, sebab kat sini banyak test personally and educationally. Ada test kepimpinan la, moral diri la, komunikasi la, macam-macam. Paling aku x suka bila ada public speaking, especially dibuat dalam English. Ada pulak debat ala parlimen la apa la, aku macam xleh bla sangat bab-bab nie. It's not because i'm English-blind, but i'm far more comfortable using Malay language.

Still, lepas tue ade interview dan kalau lepas akan ada lagi beberapa kursus-kursus PTD. Paling ngeri sebab ada possibility yang sangat besar untuk aku tinggal di luar Kuala Lumpur. Sucks. KL's heaven dude!!!

I need to think more about this. But, one thing for sure, i'll go for the PAC first and see how things goes.

I'll go....

Maybe!

Saturday, April 18, 2009

B.L.A.M.E. ~~ five letters of self-satisfaction!

Ala,aku tak salahkan korang pun. Korang da ajak aku kan.

Aku jer yang xnak pegi, so bukan salah korang.

Aku rasa macam malas nak pegi, xde feel nak happy-happy ngan korang.

Tapi bukannya aku benci kat korang, it's just my feeling okay.

So,aku cakap aku xde duit nak pegi. Memang btol pun aku xde duit,bukan saje-saje excuse.

Tapi korang cakap ada sponsor. Aku tahu ada sponsor. Tapi aku juga faham hati manusia.

Jadi, my decision stand still, confirm aku xnak pegi.

Bukan nya salah korang aku xnak pegi, salah aku.

Jangan risau, aku x rasa pape pun. Aku just teringat lagu Minah Tudung jer skang (korang mesti pernah dengar kan?).

Aku qoute sket lagu nie, part yg aku ingat.

"Dunia untuk orang bijak, pandai-pandai hidup kalau xnak kena pijak".

Very precise!!!

Reds is my only color!

Aku pun xtau nk cakap macam mana. Perasaan aku bercampur-baur. Bangga, sedih, marah, kecewa, terkilan. Semua perasaan itu ada dalam hati aku. Sebabnya?!

Team kesayangan aku, Liverpool Football Club, dah kalah ngan Chelsea (credit to them too) di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah ( Champions League la senang cakap).

Tewas 1-3 pada perlawanan pertama di Anfield. Kami cuba bangkit di Stamford Bridge tetapi apakan daya. Kami cuma mampu seri 4-4 lalu tewas secara aggregat 5-7.

Tapi aku tetap bangga ngan performance dorang, eventhough disappointed sket dgn defensive errors yg mana bagi aku tidak patut berlaku, because it proof too costly. But, we just fight right to the end. What else could i ask for. We bow down and out in heroics display.

"Miracle does not always favor us." Maybe...

Come on you Reds ~~ YNWA!!!

I'm Back!

Ok. Salam! Sory lama x update blog nie. Aku sangat bz lately (ok..aku tipu). Ngeee..

Aku kembali tulis blog setelah lama aku menyepi. Kenapa? Sebab aku rasa bosan, dan kebosanan itu menyebabkan aku sedar yang aku sebenarnya mempunyai ruang-ruang lain (selain MySpace) yang boleh aku terokai.

Forget all 'bout the craps below, ahahaha..I'm starting a new one now, ok.

Tapi dalam kesunyian malam nie, aku meragui juga akan kemampuan diri sendiri untuk terus mengepost entri-entri aku pada masa-masa yang akan datang. Mampukah aku? Fikir jap..

Mampuuuu...

Kot!

;P